Monday, June 23, 2008

Tip Kenalpasti Wanita Solo

Tip Kenalpasti Wanita Solo

Cuba anda bayangkan jikalau semua wanita di dunia ini ditanda 'S' menandakan dia masih solo dan 'T' utk yg telah berpunya. Sudah pasti lebih senang untuk kita mengenalinya, bukan? Tetapi ia mungkin tidak adil bagi wanita kerana lelaki akan mudah mengenalinya. Sebenarnya utk mengenali seorg wanita samada masih solo atau sudah berpunya agak sukar, dan perkara ini tidak boleh ditentukan hanya dengan sekali saja. Sekarang anda perlu ingat tiada satu jalanpun utk mengetahui wanita itu sudah berpunya atau belum. Bagi anda yg masih keliru dan mencari teman hidup, di sini ada beberapa tips dan panduan utk mengenali wanita solo.

Dia memandang penuh liarTerdapat perbezaan antara wanita solo dan wanita yg sudah mempunyai pasangan iaitu melalui pandangan matanya. Sekiranya anda melihat wanita dan matanya meliar melihat sekeliling, mungkin dia sedang mencari pasangan yg sesuai. Kalau anda bernasib baik dia akan memandang anda. Jadi, cuba balas pandangannya..mungkin dia akan terhenti di situ. Bagi wanita yg mempunyai pasangan pula, biasanya bila mereka berada di dalam kumpulan, mereka tidak berminat utk mengenali mana2 lelaki dan bersikap acuh tak acuh.

Dia tersenyum ketika bersemuka dengan andaMata bertemu mata. Pandangannya tepat ke mata anda. Dengan perasaan malu dia mengukir senyuman kepada anda. BUkan senang utk wanita memberi senyuman kepada lelaki yg tidak dikenalinya. Lainlah jika dia sedang cuba mengenali lelaki itu. Sekiranya dia tersenyum dan memandang anda tidak berhenti, bermaksud dia mahu mengenali anda. Kesempatan inilah yg perlu diambil.

Dia senang bercakap dengan setiap lelakiWanita yang masih belum berpunya biasanya akan berbual dgn ramai lelaki. Sekiranya anda melihat dia bercakap dengan mana-mana lelaki, sebenarnya ini menunjukkan wanita itu jenis terbuka dan senang diajak berbual. Mungkin juga mereka ini bukan yg jenis banyak bercakap tetapi mereka cuba mendekati dan mengenali seorg lelaki utk dijadikan pasangan. Apa tunggu lagi! Inilah isyarat utk anda cuba mendekati dan mengenalinya lebih lanjut lagi.

Dia cemburu melihat pasangan lainSekiranya anda melihat seorg wanita memerhatikan pasangan lain dgn riak wajah yg sugul, bermaksud dia juga berharap utk mempunyai pasangan suatu hari nanti. Dia cemburu melihat org lain sedang berbahagia dan bergembira. Jadi, saat inilah peluang anda utk menghampiri dan berkenalan dengannya. Mana tahu jodoh anda dengan dia. Paling penting anda cuba utk mengenalinya.

Dia terus berterus-terang ttg statusnyaUtk lebih memastikan wanita itu masih solo, anda boleh cuba bertanyanya secara tidak langsung dalam bentuk jenaka seperti "Bila i boleh makan nasi minyak u?" Pertanyaan santai sebegini tidak akan menyinggung perasaan wanita sebaliknya anda mungkin dapat jawapan yg dinantikan jika dia berterus-terang masih solo dgn berkata "Nak makan nasi minyak macam mana....calon pun takde lagi.." Dari situ, anda boleh wujudkan perbualan utk mengorek rahsianya.

Dia tidak memakai sebarang cincin Kadang-kadang cara paling mudah utk mengenali samada seseorg itu sudah berkahwin atau bertunang adalah dengan melihat jari manisnnya. Sekiranya dah ada cincin emas belah rotan,maknanya dia sudah berpunya dan anda hanya boleh gigit jari. Tetapi ada juga wanita yg suka memakai cincin sedemikian walaupun masih solo. Tips ini hanya terpakai utk mengenali wanita yg sudah berkahwin atau bertunang saja....
Selamat mencuba!!!

No comments: