Sunday, November 30, 2008

cinta dan dakwah

Bagaimana kita mahu menasihatkan mad’u(ahli usrah) kita yang bercinta?” Satu soalan diberikan kepada ahli panel forum. Saya hanya duduk di belakang dewan memerhatikan sahaja gelagat si penyoal.

“Ada seorang rakan yang saya kenal di kampus. Aktif dalam gerakan dakwah tetapi dalam masa yang sama dia juga bercinta dengan seorang perempuan. Cuma selalunya hanya berjumpa apabila ada meeting, atau pun chatting di Yahoo Messenger dan sms…” Seorang lagi peserta bangun bercerita pengalamannya pula. Juga tentang cinta.

Masa remaja tentunya masa yang penuh dengan gelora perasaan kerana ia merupakan transisi menuju dewasa. Tidak kiralah mereka itu aktivis dakwah atau pun tidak kerana perasaan ingin menyayangi dan disayangi itu adalah fitrah. Tumbuh secara semula jadi dalam diri.

Semua manusia pasti ada perasaan tersebut. Mulanya hanya berjumpa sewaktu meeting, bekerjasama dalam program dakwah dan tarbiyah dan kemudian mulalah kerap sms bertanya khabar.


Lawan Vs Kawal

“Kamu perlu lawan perasaan itu.” Kata seorang naqib sewaktu saya di sekolah dahulu.

Lawan? Kerana lawanlah perasaan tersebut dipendam-pendam. Akhirnya membuak-buak dan pecah. Lalu langsung tidak terkawal apabila di universiti. Itulah yang terjadi kepada beberapa orang rakan saya… Dan juga senior termasuk naqib saya itu.

Sudah beberapa kali saya terserempak dengan beberapa senior sekolah lama saya yang merangkap ketua pelajar mahupun naqib, kini keluar berdua-duaan dengan pasangan.

“Eh, abang dah berkahwin ke? Tak jemput ana pun.” Sengaja saya mengusik. Tersipu-sipu malu mukanya.

“Belum lagi.” Jawabnya ringkas.

Perasaan cinta bukan perlu dilawan. Mengapa perlu dilawan perkara yang sudah menjadi fitrah? Tetapi perasaan cinta itu perlu dikawal. Disalurkan ke tempat yang betul. Dikawal supaya tidak melampau batas-batas yang telah ditetapkan Tuhan.

“Sudah ada ikatan yang sah belum? Jika belum ada cepat-cepat mengikat dengan cara yang sah dan terbaik. Jika masih lama lagi waktunya untuk mengikat hubungan, maka seeloknya berhentikanlah dahulu. Takut-takut nanti jadi jemu dan akhirnya berpisah begitu sahaja. Sekurang-kurangnya bertunanglah…”

Seorang ustaz saya ada menasihatkan, “Siapa kata bertunang tidak boleh berkenal-kenalan dengan pasangan kita itu? Waktu pertunanganlah waktu untuk kita berkenal-kenalan. Islam menyuruh kita memilih pasangan yang sesuai dengan diri kita sebelum kita menikahinya.”


Over Rate Diri Sendiri

“Saya ada menyukai seseorang, dan kami telah berkenalan agak lama. Cuma sekarang saya rasa serba salah. Adakah cara kami ini salah atau betul?” Seorang rakan menyoal saya. Dan saya mengenalinya sebagai orang kuat dalam satu persatuan agama di kampus.

“Apa cara yang kamu rasa salah atau betul itu?” Saya kembali menyoal.

cinta anta anti“Kami tidaklah kerap berjumpa seperti pasangan lain. Kalau berjumpa pun akan ada seseorang menemani. Kami cuma kerap berhubung melalui sms. Itupun sms kami selalunya berkaitan persoalan agama.” Dia cuba menerangkan.

Saya menarik nafas panjang. Kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Dalam hati ingin saja berkata, ’Saya bukanlah seorang yang selalu pergi ceramah agama berbanding dia. Lagikan pula memberi ceramah sana-sini seperti dia. Tetapi tahu jugalah sikit-sikit tentang persoalan ikhtilat(pergaulan) antara lelaki dan perempuan.’

“Dalam diri kita ini tidak kiralah siapa pun, ada satu sifat over rate diri sendiri. Tidak kiralah saya atau pun kamu, turut ada sifat itu.” Saya cuba memulakan penerangan. Berhenti seketika.

“Apa maksud sifat over rate itu?” Belum sempat saya meneruskan, dia menyoal.

“Sifat ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak macam betul. Sedangkan bila kita tengok orang lain buat, nampak macam salah. Walhal perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja. Itu yang menyebabkan selalu saya lihat hari itu si dia pergi menegur sepasang remaja yang duduk bersembang, tetapi esoknya saya lihat dia pula berjumpa dengan pasangannya.

Kemudian siap bersembang dalam sms ataupun chatting di YM agak lama. Cuma nampak sahaja seperti lebih baik, tetapi maksud dan tujuannya tetap sama. Tetap dalam bahasa yang selalu kita panggil sebagai ’couple’. Ini kerana kita merasakan diri sendiri itu sudah terlalu baik, jadi apa sahaja yang dibuat dirasakan sebagai tindakan yang betul.” Saya cuba menerangkan sebaik mungkin.

Dia kemudian meminta diri daripada saya. Entah dapat menerima kata-kata saya sebentar tadi ataupun tidak.

Saya bukanlah melarang perbincangan agama melalui sms dan chatting di YM. Perkara yang elok mengapa perlu dihalang. Tetapi perlulah dikawal. Seeloknya bertanya dahulu dengan ustaz atau ustazah, sekiranya tidak berkemampuan bertanyalah kepada rakan yang sejantina terlebih dahulu. Jika tidak dapat juga, barulah bertanya kepada yang berlainan jantina.

Bukanlah salah kalau ia satu keperluan tapi takut-takut kita sengaja cuba mencari ’alasan’ dengan mengadakan perbincangan agama supaya dapat berhubung dengan si dia.


Hijab dan Wanita Dakwah

Hijab ertinya tirai atau dinding. Memisahkan antara sesuatu dengan sesuatu. Dalam maksud yang lain juga bermakna perselindungan wanita dalam Islam daripada lelaki yang bukan muhrimnya.

Islam membentuk satu peraturan hijab, melatih manusia untuk mendisiplinkan kecenderungan diri mereka terhadap jenis yang berlawan dengan mereka. Agar kecenderungan ini disalurkan melalui jalan-jalan yang halal.

pahrol juoi“Hijab bukan hanya terbatas kepada perintah untuk wanita menutup kepala dan muka mereka sahaja. Tetapi ia juga adalah panduan bagi lelaki dan perempuan dalam kehidupan bermasyarakat.

Tidak guna rasanya jika seseorang perempuan itu memakai tudung labuh dan purdah tetapi masih juga melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Apabila ada persoalan yang tidak dapat terjawab terus mencari ’lelaki yang disukainya’ untuk bertanyakan soalan.”

Jika seseorang itu merasakan dia sudah memiliki nilai-nilai akhlak yang baik tetapi meninggalkan aspek hijab dalam pakaiannya, maka ini adalah satu kekeliruan yang besar.

Contohnya seseorang itu telah banyak menunaikan solat fardu dan sunat, malah sudah banyak kali menunaikan haji. Bolehkah dia meninggalkan solat Subuh walau sekali? Tentu sekali tidak. Dalam Islam tidak ada konsep ’sekiranya sudah melaksanakan perkara yang wajib, boleh menggugurkan perkara wajib yang lain’.

Samalah halnya dengan jika seseorang sudah menutup aurat sepenuhnya tetapi masih juga melanggar batas-batas pergaulan.

Bagi mereka yang mungkin pernah punya kisah 'silam', ingatlah, sebaik-baik pelaku dosa ialah mereka yang segera bertaubat. Renung-renungkan mutiara kata berikut.



“Sometimes you need time to learn. You need time to make mistakes. You need time to learn from mistake. You need time to rebound back. You need time to grow.”
-Pakdi.net-

Tips menjadi Insan Islam Unggul

Matlamat utama persiapan pemuda pemudi Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya qawamah(penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan
dunia. Ini memerlukan para pemuda pemudi Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahilliyah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.

Menurut as-Syeikh Fathi Yakan, pada hakikatnya usia muda seorang pemuda pemudi ialah:-
*usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi
*usia yang mengalir darah yang gemuruh
*usia yang tinggi idealisme yang luas
*usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula
*usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.


Menurut Syeikh Yusuf Al-Qardawi pula, tanda-tanda pemuda pemudi Islam yang unggul itu adalah suatu generasi yang mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan dengan jelas bagi sesiapa yang membaca al-Quran atau mempelajari sunnah Nabawiyyah. Di antara sifat-sifat unik generasi ini adalah:-

*generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu
*generasi amal dan membina jama'iy
*generasi rabbani dan ikhlas
*generasi yang bernasabkan Islam
*generasi da'awah dan jihad
*generasi dagang dan hidup bersama orang ramai
*generasi gagah dan agung
*generasi seimbang dan sederhana


Manakala menurut Syeikh Mohammad Ahmad ar-Rasyid, terdapat beberapa kesilapan dan fitnah kehidupan yang perlu diberi perhatian wajar oleh para pemuda pemudi Islam. Ini adalah kerana kita sentiasa terdedah kepada pelbagai tekanan luaran dan peristiwa yang mempengaruhi secara beransur-ansur keatas iman terhadap amal dan da'awah. Pengaruh luar ini ada dalam pelbagai bentuk yakni ada yang mengugat aqidahnya, akhlaknya, keluarganya dan sebagainya. Di antara pengaruh-pengaruh ini adalah:

*Gerakan dan propaganda yang menyebarkan keraguan dan salah faham terhadap Islam dan keunggulannya
*Fitnah rakan sebaya yang jahat dan persekitaran yang tidak sihat
*Fitnah harta dan keluasan rezeki yang melimpah ruah
*Fitnah ijazah dan pangkat
*Fitnah wanita, isteri dan anak-anak


Beberapa langkah bagi meningkatkan kecemerlangan pemuda pemudi Islam bagi mencapai qawamah (penguasaan) Islam terhadap diri, keluarga, masyarakat dan
dunia ialah:-


*Kenalpasti tahap kemampuan ada yang sebenar
*Beri tumpuan kepada kekuatan-kekuatan ada
*Tanamkan rasa percaya kepada diri sendiri
*Sediakan diri anda untuk menjadi orang yang terbaik
*Ambil pelajaran daripada kesilapan yang telah anda lakukan
*Belajar menerima teguran yang membina dan hiraukan kritikan yang remeh
*Perakui kejayaan anda
*Tetap merendah diri
*Terus memperluaskan pengetahuan dan pemikiran ada
*Bersyukur kepada Allah di atas apa yang diberikanNya

PEDANG DZULFAQAR


PEDANG ZULFAQAR




Diantara kehebatan pedang-pedang yang pernah dibuat oleh tangan manusia sepanjang sejarah, belum ada suatu pedang yang menandingi, "Zul Faqar" (Al-Munjid 590). Ia merupakan sehebat dan seindah-indah pedang. Pedang ini peninggalan Nabi Muhammad SAW dan diwariskan kepada Saidina Ali RA. Para cendikiawan telah meletakkan pedang tersebut pada kedudukan yang tinggi yang tidak ada tandingnya. Munculnya pedang ini bersama munculnya agama Islam. Semasa pedang ini berada di tangan Nabi Muhammad SAW baginda sering menggunakan dalam beberapa peperangan dan Allah Taala memberikan kemenangan kepada baginda. Setelah Saidina Ali RA pulang kerahmatullah, pedang ini berpindah dari satu tangan ke tangan lain hingga sampai ke tangan Khalifah Al-Mahdi Al-Abbasi kemudian ke tangan Al-Hadi dan akhirnya ke tangan Khalifah Harun Al-Rashid. Kemudian pedang ini dipinjamkan kepada Yazid bin Mizyad Ash-Shaibani semasa diutuskan untuk membasmikan pemberontak yang dipimpin oleh Al-Walid bin Tharif Ash-Syaari. Harun Al-Rashid pulang kerahmatullah, pedang ini dipegang oleh Khalifah Al-Muqtadir dan beliau pernah menggunakan pedang ini untuk memerangi Mu'nisul Muzhaffar sewaktu mengepong kota Baghdad. Setelah kota Baghdad runtuh pada masa Khalifah Al-Mustanshir, pedang ini jatuh ketangan khalifah-khalifah Fatimiyyah. Kemudian pedang ini dikembalikan semula ke khalifah di Baghdad. Semasa pemerintahan Sultan Salim dengan kekerasan di Kota Baghdad hilanglah pedang yang penuh bersejarah ini. Dengan hilang peninggalan bersejarah itu tamatlah sejarah Zul Faqar. Walau bagaimana pun kita patut bersyukur ke hadrat Illahi kerana ada antara kita, insan yang sanggup berusaha menyumbangkan modal dan tenaga bagi menbuat salinan pedang yang hilang itu. Inilah salinan pedang tersebut dengan mata diperbuat dari besi berkilat dan bercahaya dicampur dengan emas dan perak serta dihias dengan mutiara. Hujung pedang ini yang terbelah dua adalah kerana semasa kejadian di saat Saidina Ali RA menghunusnya dari sarung dengan kekuatan luar biasa berhadapan dengan musuh yang menghunus pedang mereka.

Apa itu Hipnotis

Apa itu Hypnosis?

Wilayah penumpuan yang difokus, merehatkan. Itu adalah difinasinya.
Tetapi wilayah hypnosis yang sebenarnya adalah lebih sukar untuk
didefinasikan. Dalam realiti, ianya adalah satu wilayah spesifik yang
dimasuki oleh otak bila ia dengan mudah menerima saranan. Ini telah
ditemui dengan proses scan semasa berlaku hypnosis. Ianya bukanlah
satu wilayah asing dalam minda,

Hypnosis adalah keadaan wajar yang selalu kita alami sehari-hari,
bahkan mungkin dalam sehari kita terhypnosis secara sadar maupun
tidak.Dalam beberapa definisi, hypnosis state biasanya dikaitkan
dengan keadaan trance yaitu keadaan antara bangun dan tidur nyenyak (
Alpha State ) .

Pada keadaan ini biasanya kita tidak menyadari dan baru menyadari
jika peristiwa itu telah terjadi atau ada yang memberitahu.
Meditasi, dzikir, kontemplasi, berdoa dengan khusyuk juga disebut
sebagai keadaan hypnosis atau hypnosis state.

Contoh:
Glove anesthesia:
Karena asyiknya berbelanja sampai anda tidak menyadari ada kerikil
kecil di Kasut anda.

Negative visual halucination:
karena terlalu sibuknya, dan tidak melihat Pen di depan anda sehingga
anda mencari-carinya ke mana-mana.

Yang paling sering menghypnosis kita adalah iklan. Anda pergi ke
kedai untuk membeli gula dan minyak, tetapi saat anda ke luar dari
kedai ternyata anda membeli rokok, coklat dan lainnya di luar
perancangan anda. Sampai di rumah anda baru menyadari anda ternyata
membeli pekara yang tidak anda perlukan.

anda mungkin terasa bukan dalam khayalan atau dalam hipnosis. Untuk
kebanyakan orang, mereka hanya berasa relax. Berlaku perubahan pada
aktiviti gelombang otak. Ada persamaan dengan semasa tidur, dimana
wilayah Alpha dimasuki. Otak anda terjaga ketika berada di gelombang
Beta, sebaik anda hendak tidur ianya berubah dari Beta ke memasuki
Alpha kemudian Delta dan Theta dalam tidur yang nyenyak. Wilayah
Alpha lebih nyaman dan dipenuhi mimpi-mimpi. Ketika disini minda
lebih terbuka kearah visualisasi dan mencipta pengalaman yang lebih
merangsang. Lebih nyata pengalaman itu ketika di minda separa sedar,
lebih kuat kesannya ketika keadaan sedar.

Adakah Hipnosis Bahaya?

Hipnosis adalah wilayah yang normal bagi minda, dimana hampir semua
orang keluar dan masuk setiap hari. Apabila anda menonton satu filem
yang membuat anda leka, mendengar musik yang dapat menangkap mood
anda atau melekakan anda, sebenarnya anda sudah berada didalam
hipnosis. Kita mengalami hipnosis setiap hari, samaada kita sedar
atau tidak. Apabila anda berada didalam sesi pelajaran hipnosis yang
dibimbing, atau memandu dijalan dalam khayal, anda mempunyai
pemerhati diri (self observer), dimana ia adalah sebahagian dari diri
anda yang sentiasa berwaspada dan menjaga anda.

Pemerhati diri ini detafsirkan satu aspek keajaiban pada minda anda,
yang memastikan kita sentiasa selamat, walaupun ketika tidur. Ianya
bukanlah pedamping atau kehidupan spiritual (khodam atau jin seperti
selalu digambarkan oleh mereka yang jahil), ia adalah satu penemuan
didalam fungsi otak kita yang kompleks.
Semasa dihipnosis, kita percaya pemerhati diri ini akan menjaga kita.

Bahkan, hipnosis dapat membantu minda kita menjadi lebih tajam dan
waspada, dimana sebenarnya ia membantu kita menjadi lebih selamat
dengan membuat kita lebih waspada dengan persekitaran kita setiap
hari. Jika perspeksi anda tentang keadaan sekeliling anda baik, anda
akan notis semua perkara akan berlaku lebih jelas atau mungkin
keputusan yang lebih hebat akan terjadi....

Bolehkah hipnosis membuka rahsia anda?

Tidak langsung. Anda tidak akan dedahkan informasi yang anda tidak
mahu dedahkan. Sebenarnya anda sentiasa mempunyai pilihan, dan otak
tidak akan berhenti berfungsi atau memberi alasan. Bagaimanapun,
dalam sesetengah anda akan dapati sesetengah maklumat dalaman, atau
dalam satu-satu situasi, atau sabotaj, yang anda tidak pasti dalam
sedar, yang memungkinkan minda separa-sedar anda terprogram yang
menyebabkan anda kerap membuat kesilapan, jatuh sakit, marah, malang
atau terlepas kunci penting kegagalan dan kejayaan anda.

Menariknya, apabila anda dapat belajar cara untuk mengetahui segala
kebenaran dalaman yang anda rahsiakan dari minda separa-sedar anda,
minda anda tidak lagi boleh menipu anda. Apabila strategi yang tidak
disedari ini didedahkan, segala bakat atau kelebihan menjadi lebih
terpancar (kenyataan).


Bolehkah Hipnosis membuat anda lakukan sesuatu tanpa rela saya?

Tidak sama sekali.Ini barangkali mitos yang paling besar. Hipnosis
dewan dapat membuatkan orang melakukan perkara-perkara yang diluar
jangkaan semasa dihipnosis, tetapi sebenarnya ianya berlaku kerana
subjek tersebut sememangnya berkeinginan untuk berkelakuan yang
diluar batasan.

Contoh
Pada satu ketika, saya bersama rakan saya menonton sebuah rancangan
realiti tv, waktu itu Mawi Af3 membuat persembahan. Teman saya
mengatakan seronoknya kalau jadi penyanyi Mawi. Saya hanya anggukkan
kepala sambil tersenyum. Dalam hati saya mengatakan beginilah
�cara otak separa sedar bekerja�. Dalam satu sesi
perlatihan Hypnosis saya telah menghypnosis beliau dengan memberikan
sumbang saran bahawa dia sekarang menjadi Mawi Af3.

Anda tahu apa hasilnya? Dia telah menyanyi dan menari seperti Mawi.
Ini menunjukan dia sangat ingin menjadi seperti Mawi. Tapi tidak
berpeluang. Di dalam kondisi hypnosis beliau telah mengambil maklumat
yg tersimpan di minda bawah sedarnya seperti apa yang dia inginkan.
Maka hasilnya terjadi lah Mawi, kerana beliau sangat ingin menjadi
mawi.

Kesimpulanya Hypnosis sangat bergantung dengan milai moral yang
tertanam di minda separa sedar seseorang.

Juru hipnosis dewan hanya akan memilih dengan cermat mereka yang
sedia untuk dihipnosis. Anda tentu tidak mahu melakukan perkara atau
saranan yang diluar moral atau nilai diri anda.
Jika tidak, semua juru hipnosis sudah tentu mampu membuat anda
merompak bank dan membawa balik wang. Sebenarnya, itu bukan tujuannya.

Bagaimana Jika Anda tidak boleh Terjaga?
Sebenarnya tidak pernah berlaku yang seseorang itu terkandas dalam
wilayah hipnosis, hampir tidak mungkin. Jika juru hipnosis itu
meninggalkan anda, atau dibiarkan mendengar dari kaset sehingga habis
semasa sesi hipnosis.... anda mungkin akan terus tertidur dan terjaga
secara semulajadi atau minda separa-sedar anda akan terbimbing kearah
kewaspadaan sedar.

Mungkinkah anda melupakan semuanya semasa dihipnosis?
Biasanya berlaku kelupaan dalam sesi hipnosis. Biasanya, juru
hipnosis akan sarankan anda lupakan apa yang diketahui umum, dan
biasanya ianya akan memberi kesan. Hampir semua juru hipnosis mahu
anda waspada terhadap sesi hipnosisnya. Anda mungkin waspada terhadap
sekeliling anda, dan ingat kebanyakannya, walaupun tidak semua.
Biasanya, anda akan ingat lebih dari apa yang kita bincangkan, kerana
minda anda diletakkan disituasi fokus.

Dapatkah semua orang dihipnosis?
Ya. Faktanya hipnosis ialah belajar melalui sifat dan perangai. Anda
boleh mengajar tubuh dan minda anda untuk masuk ke khayalan (trance),
dan menjadi lebih baik dan lebih baik lagi bila anda selalu membut
latihan hipnosis diri sendiri. Ramai orang tidak menyangka mereka
telah dihipnosis dalam satu-satu sesi. Cuma mereka dapati ada sesuatu
yang berubah pada diri. Kadangkala kesannya tidak ketara dan
kadangkala dapat dilihat. Kesannya dapat dilihat dengan jelas,
apabila minda anda inginkan perubahan, ianya berlaku dengan cepat.
Kadangkala, apabila otak dan tubuh anda perlu dilakukan beberapa
proses penyembuhan, kesannya akan menjadi lambat sedikit.

Kebenaran tentang Hipnosis
Ianya dapat menjadi alat untuk mengubah cara minda anda mentadbirkan
hidup anda. Jika ada �satu tongkat ajaib�, yang dapat
mengubah apa-apa tentang hidup, kesihatan dan perangai anda, hipnosis
adalah jawapanya. Pengamal hipnosis yang baik tahu bagaimana
mengeluarkan ketakutan dan sekatan, dan mencipta satu kebenaran baru
yang dapat mengubah pola kehidupan yang dapat mengubah apa yang anda
fikir, rasa dan lakukan.

Dapatkah hipnosis melakukan perubahan pada tubuh anda?
Anda sebenarnya membiakkan sel-sel baru secara berterusan. Kita
mendapatkan kulit yang baru setiap 20 hari. Hipnosis bagaikan utusan
(membawa saranan) yang menghantar maklumat kepada sel, otot dan
seluruh bahagian tubuh dengan memasukkan saranan baru yang
membetulkan atau memperbaiki maklumat disamping, menutupi maklumat
yang tidak dikehendaki dibahagian yang bermasaalah.

Bolehkah hipnosis membuat tubuh anda menjadi lebih muda?
Hampir tepat. Jika tubuh kita secara berterusan membiakkan sel baru,
dan jika kita sarankannya untuk menjadi paling sihat dan muda selalu,
informasi bagaikan tercetak dalam perkembangannya, maklumat
sebelumnya mungkin berubah. Secara peribadi, saya percaya ianya dapat
dilakukan. Ianya adalah keputusan tentang apa yang anda fikir dan
tanamkan didalam minda anda dan membenarkan minda anda untuk
berhubung dengan tubuh anda. Apa yang sebenarnya anda mahu? Adakah
anda mendapat keputusan yang anda mahu? Periksa sendiri saranan yang
telah anda beri pada diri anda sendiri...

Wednesday, November 26, 2008

Kenalpasti Lelaki Teruna?

Mungkin ada wanita yang berhajat untuk mempersuamikan lelaki yang masih "dara" (tak ramai dah) walaupun kebanyakan wanita lebih suka memilih yg berpengalaman, ini panduan untuk anda

1. lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita

2. lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan

3. lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja

4. lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik. lelaki teruna seperti "kena interview" apabila bercakap dan badannya kaku

5. lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya

6. lelaki teruna membosankan apabila bercinta. gayanya agak "nerd". gemar berlagak untuk menarik pasangannya.

7. lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasanganna

8. lelaki teruna terlalu sensitif. mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan

9. lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan

Labels: Motivasi

Monday, November 24, 2008

8 Ciri Lelaki Buruan Wanita

Jangan hanya fikir kamu sahaja yang tahu memilih kerana ada kalanya wanita lebih cerewet dalam soal memilih pasangan hidupnya. Fikirkan sejenak apa kemahuan golongan hawa ini yang mungkin tersirat daripada pengetahuan lelaki..

1. Yakin Pada Diri

Keyakinan diri adalah kualiti penting yang sering di cari oleh wanita, lekukan sesuatu perkara itu dengan terbaik. yang paling penting, jangan memperkecilkan kelemahan diri sendiri. Ada yang menyerah kalah sebelum berbuat apa-apa. Ini bukan sifat lelaki sejati. Sebaliknya kamu harus berikan alasan kukuh, kenapa kamu tidak boleh lakukan. penting untuk berlatih bersungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa berfikiran positif.

2. Pandai Buat Lucu

Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. lebih teruk kalau tersengeh-sengeh tak tentu fasal. Ingat untuk menjadi seorang yang kelakar tidak semestinya kamu membuat lawak bodoh. Belajar Berlawak secara spontan dan bersahaja kerana ini akan menghiburkan hatinya. Lawak bersahaja itulah yang membuatkan si dia akan terua merindui karenahmu.

3. Romantik

Wanita sebenarnya menginginkan seorang yang romantik. Ingat, romantik bukanya gatal atau miang, lelaki yang romantik adalah pandai mengambil hati dan bijak menggunakan kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang juga menjadi salah satu aspek yang menarik perhatian wanita. Biar seseorang wanita itu kelihatan ‘rugged’ atau agresif. namun dalam hal teman lelaki, kebantakannya memilih yang romantik.

4. Wang

Tidak disangkal lagi ramai wanita bersifat materialistik atau mata duitan. Mereka hanya mahukan lelaki yang berjaya dan mempunyai wang yang banyak sahaja. Selain bekerja, kamu juga boleh bergaul dengan orang kaya atau ternama yang mungkin boleh membantu kamu menjadi kaya suatu hari nanti. Belilah baju atau kasut jenama, kamu bakal mencuri pandang wanita. biar papa asal bergaya. papa dalam hal ini adalah kamu perlu menyesuaikan diri dengan gaya orang kaya. Biar terpaksa mengeluarkan wang yang lebih sedikit, namun hasilnya hanya kamu yang mendapat nikmatnya. Umpama membeli kereta BMW walaupun tanpa aksesori, ia tetap di lihat gah berbanding dengan kereta biasa yang penuh dengan aksesori.

5. Bijak

Wanita sering mengimpikan mendapat seorang lelaki yang berpenddikan dan pandai. Jika kamu berasakan kamu kurang bijak, mungkin kamu boleh mengambil langkah untuk melanjutkan pelajaran. Luangkan masa kamu mendengar berita CNN dan rajin mengisi teka silang kata supaya tampak berilmu. Wanita suka lelaki yang bijak dan suka membaca. Tidak semesti kamu adalah seorang ahli akademik. caranya, baca ulasan buku seolaholah kamu telah membaca keseluruhan buku tersebut. pakilah cermin mata yang tidak berkuasa untuk memperlihatkan kamu bergaya seperti seorang intelek.

6. Sensitif.

Setiap kali pasangan kamu bercakap, dengarlah dengan khusyuk sambil memandang bola mata hitamnya. malah mungkin kamu boleh berkata ” saya memahami perasaan awak” bagaimanapun jangan pula kamu terlalu sensitif kerana sebagai tempat berlindung tentulah mereka memerlukan pohon yang kukuh.

7. Suka Kanak-Kanak

Wanita menganggap seorang lelaki yang bijak adalah berpengetahuan luas dalam semua bidang termasuk menjaga kenak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Apabila si dia membelai kanak-kanak yang di temuinya. kamu memberikan perhatian kepadanya. Selepas itu kamu pula boleh mendukung sambil mengagah kanak-kanak itu. perbuatan kamu ini secara tidak langsung akan memperlihatkan yang kamu memang layak menjadi bapa yang penyayang.

8. Bijak Berdandan

Lelaki juga kena pandai merawat atau memanjakan tubuh. bagi yang mempunyai kulit berminyak, kamu perlu meluangkan masa untuk melakukan perawatan bagi mengelakkan jerawat atau penyakit kulit yang lain muncul. Selain berpakaian kemas dan sesuai. Kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih. pendek kata, kebersihan tubuh mesti di jaga kerana ia memberikan kesan kepada hubungan kamu dan si dia nanti.

Apapun, tiada lelaki yang sempurna, namun kamu boleh berpura-pura menjadi sempurna. perlu di ingatkan, kamu semestinya mempunyai kelebihan yang tertentu. jadikan gunakan kelebihan itu dengan sebaik mungkin. yang penting kamu mampu melakukan sesuatu yang terbaik. Sementara yang selebihnya kamu bolehlah berpura-pura. Jika segalanya berjalan lancar dan hatinya sudah berjaya di tawan, tidak mustahil si dia akan menjadi permaisuri hidupmu.

Tanda dara melalui tapak tangan(hanya untuk pengetahuan sahaja)

“Sebenarnya, melalui tapak tangan kita boleh membuat penelitian berbagai aspek
tentang perangai atau sikap seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan. Melalui tapak tangan juga kita boleh merenung masa lampaunya dan apakah yang tersirat dihatinya. Sentuhan ini disebut sentuhan antara hati ke hati. Akan tetapi ilmu meneliti tapak tangan ini tidaklah perlu mempunyai ilmu firasat atau batin. Memadai dengan melihat beberapa perubahan fizikal tapak tangan seseorang itu, sama ada mereka yang kuat bekerja, malas atau bermacam-macam lagi.
Justeru itu untuk memastikan seseorang gadis itu masih dara melalui tapak tangannya. Retak pada bahagian kanan dan kiri tapak tangan kanannya menandakan gadis itu sudah tiada dara. Jika gadis itu masih dara, telapak tangannya samada sebelah kiri atau kanan tidak akan retak. Keretakan ini kelihatan jelas dengan urat-urat walaupun tangan gadis itu lembut. Sebalikknya gadis yang masih ada dara akan kelihatan kiri dan kanan telapak tangan kanannya licin dan lembut. Sebaliknya mereka yang tiada dara, jika ditekan pada bahagian kiri dan kanan tapak tangan kanannya, warna pucat akan berlaku dan lekukan akan kelihatan terlalu mudah menolak balik ke asal.
Walau bagaimanapun tidak semua gadis akan mempunyai sisi reka bentuk yang dinyatakan sedemikian. Ini selalunya berlaku pada gadis yang berkulit tebal dan agak kasar. Tetapi untuk mempastikan kedudukan sebenar gadis itu antara masih dara atau tidak, anda juga oleh memerhatikan pada bahagian tengah tapak tangan kanannya. Jika terdapat garisan yang terputus pada bahagian tengahnya bermakna gadis telah hilang daranya. Akan tetapi garisan itu tidak putus bermakna gadis itu masih suci.
Selain daripada tapak tangan, ibu jari dan jari kelingking juga boleh memberikan petunjuk sama ada gadis itu masih suci atau tidak. Untuk tujuan itu anda banya perlu menyentuh ibu jarinya dan genggam selama satu minit. Jika ibu jarinya panas dan kelihatan merah apabila dilepaskan dari genggaman anda, gadis itu masih dara.
Akan tetapi jika jari itu kelihatan kecut dan pucat walaupun panas, gadis itu sudah tiada suci lagi.
Untuk melihat jari kelingking pula anda hendaklah memegang jari kelingking gadis itu dengan sedikit kuat selama seminit, kemudian lepaskan. Tanyakan kepadanya bagaimana rasa jari kelingkingnya setelah digenggam dan dilepaskan.
Jika gadis itu mengatakan tiada rasa apa-apa, bermakna dia sudah hilang dara. Tetapi jika dia berkata sesuatu yang sebagai contohnya, berdenyut, berdebar jantungnya, tersentuh perasaan pada hatinya atau setidak-tidaknya sedikit sakit yang berdenyut pada jarinya, maka gadis itu suci.

Biasanya sentuhan yang saya maksudkan ini hanya boleh dilakukan antara lelaki dan perempuan sahaja. Jika perempuan dengan perempuan melakukannya ia tidak memberi kesan kepada yang melakukannya. Tetapi untuk tujuan meneliti tapak tangan, anda sendiri boleh melakukannya dengan memerhati garis-garis yang ada. Jangan risau jika terdapat garis-garis pecah pada telapak tangan anda jika anda masih dara. Sebenarnya ada kemungkinan oleh kerana anda bekerja agak keras, maka terdapat pada bahagian tapak tangan anda pecah-pecah atau berurat.
Walau bagaimanapun keperibadian yang mulia dan sentiasa menjaga kesucian diri tidak akan memberi sebarang kesan terhadap diri anda. “

MAKNA HADIAH

JAM TANGAN………
Tanda mengingati setiap masa dan waktu.

CINCIN………….
Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG………….
Tanda mesra

RANTAI LEHER …….
Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG………….
Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT…………..
Sentiasa mengambil berat/prihatin.

PAKAIAN/KAIN…….
Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.

PAYUNG………….
Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI…….
Tanda cinta

BINGKAI GAMBAR…..
Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU……………
Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

BUNGA……………
Tanda perkenalan dan tanda sayang

COKELAT ……..
Semanis cintamu.

LAGU/CD/KAD UCAPAN ………
Mengabadikan cinta

SEJADAH DAN ALQURAN………
Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.

TANDA-TANDA CINTA

Ibn Qayyim Al-Jauziah seorang ulama besar, menyebutkan bahwa cinta mempunyai tanda-tanda.Pertama, ketika mereka saling mencintai maka mereka tidak akan pernah saling mengkhianati walau sekalipun. Mereka akan saling setia sentiasa, memberikan semua komitmen mereka.

Kedua, ketika seseorang mencintai, maka dia akan mengutamakan yang dicintainya, seorang isteri akan mengutamakan suami dalam keluarga, dan seorang suami tentu saja akan mengutamakan isteri dalam hal perlindungan dan nafkahnya. Mereka akan sama-sama saling mengutamakan, tidak ada yang merasa lebih berkuasa.

Ketiga, ketika mereka saling mencintai maka sedetikpun mereka tidak akan mahu berpisah, lubuk hatinya selalu saling terpaut. Meskipun jasad mereka berjauhan, hati mereka seolah selalu tersambung. Isterinya akan sentiasa mendoakan agar suami selamat dalam perjalanan dan memperoleh kejayaan dalam pekerjaan, serta mendoakan suami supaya sentiasa dalam perlindunganNya, tidak tergelincir imannya. Juga ada ingatan suami yang sedang membanting tulang meraup nafkah halal kepada isteri tercinta, sedang apakah gerangan isterinya, lebih semangatlah ia.

BICARA CINTA 2

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk
memegang,dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi
mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana
Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah namanya Cinta. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai.
Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata
seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya.
Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata
seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai
saya berlalu begitu sahaja.”Cinta sejati adalah ketika dia mencintai
orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut
bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa
mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.Jangan sesekali
mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan
sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali
mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat
melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa
suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai
seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup
matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan
air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka
telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka
telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun
mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai
keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan
simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal
dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya .
Sebaliknya ucapkan kata-kata Cinta yang tersimpan dibenakmu itu
sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta
dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita
harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.Jangan
melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan
melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan
teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.Cinta bukan
mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.. Cinta bukan
mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta
bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat Cinta dapat
mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening,
sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat,
dan kemarahan menjadi rahmat.Sungguh menyakitkan mencintai seseorang
yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai
seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati
seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah.
Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu
terasa bisa duri mawar itu menusuk jari. Hal yang menyedihkan dalam
hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu.
Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan
kamu harus membiarkannya pergi. Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan
seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya
dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan
hati tersebut. Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana
sering mengalirkan airmata. Tetapi,segagah- gagah dan perwiranya lelaki,
sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata
syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah
misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira!
Aneh, tetapi itulah hakikatnya.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai
kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu,
tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.Jangan kerana
cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga,
prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan
berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan
menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat
cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah
perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama. Jangan
mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim
berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir
selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan
bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi
kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. Tak usah sebut pasal
cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah
bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah
menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu Cinta adalah keabadian… dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami.

Kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan
bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala
kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati
segala luka di hati orang yang mendengarnya. Cinta dan kasih sayang
adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala penyakit, dan jalan yang
menuju kepada rasa cinta dan kasih sayang hanyalah melalui
kemaafan.Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun
apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan
biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan
menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak.
Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih
namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.Bercinta memang
mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang
yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Cinta itu membuatkan kamu
gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia
diberikan kepada orang yang bertuah. Cinta ibarat pasu antik, ia sukar
ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai. Andainya
hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak
pernah hadir. Cinta sesuatu yg mengasyikkan, ia boleh membuat kita
hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya.
Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta
itu buta. Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci
tanpa menodai keaslian pantai itu.

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu
yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu
menguasai dirimu tanpa pertimbangan. Cinta seringkali akan lari bila
kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia
menghampiri. Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi
pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana
hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah
cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan
wangi sepanjang musim. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah
berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah
dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu
sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu. Hanya
diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai
seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu
seumur hidup untuk melupakan seseorang. Setiap orang punya rasa cinta.
Tapi tak semua orang dapat merasai cinta. Setiap orang pernah
bercinta. Tapi tak semua mampu mengecapi bahagia..

Keikhlasan bererti tidak mengharapkan balasan atas
perbuatan kita. Keikhlasan dalam bercinta bererti tidak mengharapkan
balasan cinta atas kasih yang kita curahkan padanya. Cinta itu apabila
kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat. Cinta laki-laki seumpama
gunung, ia besar tapi konstan dan (sayangnya)rentan, ada waktu ia
meletus memuntahkan lahar, menghanguskan apa saja yang ditemuinya.
Cinta perempuan seumpama kuku, ia hanya sehujung jari, tapi tumbuh
perlahan-lahan, diam-diam dan terus menerus bertambah. Jika dipotong,
ia tumbuh dan tumbuh lagi.

Cinta yang wujud dalam sebuah tindakan agung : “Memaafkan”.

“Aku mencintaimu” , sukarkah untuk dilafazkan?? ?

Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya
belaka, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari
kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau
benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang
engkau kasihi pada suatu hari nanti.

Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya

jodoh
itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu
dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg
tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu? Cinta itu adalah
api yang dingin. Sesiapa yang mendekatinya tidak akan terbakar tetapi
tertangkap ke dalamnya. Jika kasih sayang telah mencapai batasnya,
maka ia dinamakan Cinta.”Cinta adalah kasih sayang yang melimpah”.
Cinta juga lebih istimewa dibanding kasih sayang, sebab setiap cinta
sama dengan kasih sayang, tetapi tidak semua kasih sayang sama dengan
cinta. Cinta adalah suatu bentuk ungkapan keabadian yg tidak mampu
dijelaskan melalui untaian kata-kata indah tapi melalui kenyataan pahit yang hidup dan sakit.
Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi
penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga.
Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi
tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.
Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan
membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai
cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana
cinta tumbuh di hatimu. Cinta ia tetap hadir,ia datang bukan dengan
nafsu atau keinginan tetapi kepasrahan tentang yang mutlak, itulah cinta terulung.
Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi
pada hati yang memerlukan. Usah gembira pada kelahiran cinta pertama.
Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang
pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi.
Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta
seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab itu
bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.
jangan sesekali mengkhianati perasaan hati kamu kerana akibatnya, hanya
kamu yang akan sengsara,bukan orang lain. Salah satu cabaran paling
sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan
kekurangan diri kamu, tetapi dia masih sangup menyayangi dan mencintai
kamu dengan sepenuh hatinya. Mereka yang cintanya selalu dibalas, kurang mengerti perasaan cinta yang sebenar.
Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan tetapi kesalilah
pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.
Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai
diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita
cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah
mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari
pemberian semata-mata. Cinta membuatkan orang bersemangat untuk hidup,
rasa cinta adalah satu rangsangan indah dalam kehidupan. Cinta adalah
sesuatu yang subjektif, susah untuk ditafsirkan. Kadangkala kita
merasakan apa yang kita alami itu cinta tapi sebenarnya bukan. Cinta
adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perkahwinan pula
merupakan ubat penawarnya. Ibaratkanlah kehilangan cinta itu umpama
hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus
dilupakan. Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi,
namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus
mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal
terbodoh tanpa sedari. Ruang kosong di antara celah-celah jari kita
dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

Kamu tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayang i. Anda cuma
kalah jika anda bertangguh. Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh
dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.Cinta menekan
pertimbangan, memandang ringan bahaya dan cinta memandang enteng akan
kematian. Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta. Tiada
kasih yang lebih ngeri dari putus cinta. Cinta monyet ialah cinta
keanak-anakan. Cinta palsu adalah sekadar basa-basi. Cinta
materialistik merosakkan jiwa. Cinta sejati ialah cinta yang akan menghasilkan cita-cita yang luhur dan abadi.
Seseorang yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan, maka dia
akan melihat kebahagiaan itu laksana melihat pelangi. Tidak pernah
pelangi itu berada di atas kepalanya. Selamanya dia melihat pelangi itu
berada di atas kepala orang lain. Hanya hati yang dapat menilai erti Cinta sejati.
Dengarkan kata hati dan Cinta sejati tidak berlandaskan nafsu kerana ia
adalah suci, lahir dari kasih dan sayang. Cinta akan hidup bersama
dengan waktu, pabila waktu itu mati, maka matilah cinta suci itu.Cinta
pandang pertama adalah cinta yang akan kekal abadi. Tetapi kita tak
pernah menghargainya bila ia hadir tetapi akan membuatkan kita
menderita bila ia pergi……. …..

BICARA CINTA

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya cinta.Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanp berpatah lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu. “Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu.” [Raja Pedang Deir]

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Berkemungkinan apa yang kamu
sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa. Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua Bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing. Cinta adalah keabadian, dan kenangan adalah hal terindah yang
pernah dialami. Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yang pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yang boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta!

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang
kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya. Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya. Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar
diperoleh. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Cinta sesuatu yang mengasyikkan, ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta. Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa
menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.


Selangkah kita menghampiriNya seribu langkah DIA menghampiri kita. berbeza dengan cinta manusia.. semakin kita cuba menjejakinya semakin luas langkahnya meninggalkan kita.. kalau bertaut pun pasti terlerai, kalau terbina mahligai pun pasti bakal dicarinya insan kedua dan seterusnya… Andaikata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andaikata ia akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa, karena cinta itu suatu anugerah, bukan suatu hasil usaha. Cinta berasal dari Tuhan “. Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali.Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

20 Faktor Si Dia Boleh Dipercayai

Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.Faktor 1 - Konsisten
Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh ‘menjerat’ kamu. Siapa tahukan!


Faktor 2 - Boleh dikawal
Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh ‘mengawal’ dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.


Faktor 3 - Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.



Faktor 4 - Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.


Faktor 5 - Terima seada-adanya
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.


Faktor 6 - Perlu dimengertikan
Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.


Faktor 7 - Simpati
Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.


Faktor 8 - Diyakini
Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!


Faktor 9 - Perbezaan pendapat
Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.


Faktor 10 - Elakkan dendam
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.


Faktor 11 - Berfikiran terbuka
Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.


Faktor 12 - Tulus dan jujur
Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh ‘menangkap’ adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.


Faktor 13 - Tak selalu didampingi
Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.


Faktor 14 - Jauh di mata dekat di hati
Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.


Faktor 15 - Persamaan
Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.


Faktor 16 - Tak saling menyalahkan
Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan ‘bergegar’ jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.


Faktor 17 - Hormat-menghormati
Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.


Faktor 18 - Penghargaan
Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm… hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.


Faktor 19 - Bukan materialistik
Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu ‘pokai’ dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.


Faktor 20 - Perancangan bersama
Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye?

Rahsia Cinta Lelaki

Saya percaya tentu terdapat segelintir kaum perempuan yg sudah serik utk menjalinkn hubungan serius dgn kaum lelaki setelah beberapa kali dikecewakn..
Adakah anda ingin memegang title ’single n available’ hingga ble2? Dan apakah yg harus anda lakukan utk membuat pilihan yg tepat dlm memilih teman hidup dr kaum Adam? Tips2 berikut diharap dapat membantu anda serba sedikit dlm memilih lelaki yg benar2 ikhlas dan menyayangi diri anda. Apabila seorang lelaki benar2 jatuh cinta dan setia akan pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dgn jelas. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi akan menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yg dilakukan lelaki utk anda.. Berikut adalah tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn jujur n ikhlas:


Si dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela dan bukan kerana terpaksa.
Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.
Si dia byk menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.
Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2. (maksud: mengambil berat stiap apa yg dilakukn oleh kekasihnya)
Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain.
Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
Si dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya.
Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur.
Si dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
Si dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri.
Si dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, si dia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun si dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
Apabila timbul org ketiga,si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
Si dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
Si dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau si dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. (Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yg sanggup menitiskan air mata demi anda?)
HARGAILAH MEREKA dan terimalah mereka seadanya… Berilah diri anda peluang utk kembali mencintai seorang yg bergelar lelaki..

Kejujuran bikti cinta sejati

PERCINTAAN bukan pasti berakhir dengan perkahwinan, malah ada pasangan yang bercinta bagai Laila dan Majnun tetapi akhirnya putus di pertengahan jalan.

Justeru, apabila mengingatkan kisah percintaan lama, pasti ramai di antara kita yang tersenyum sendiri. Bagi lelaki dan wanita, mereka tentu mempunyai kisah percintaan sendiri yang kadangkala jika ditulis boleh dibuat novel.

Ada yang kecewa akibat bercinta mengambil keputusan terus membujang sehingga tua, seolah-olah cinta pertama itu terlalu agung dan tidak boleh diganti dengan percintaan lain.

Namun, bagi kebanyakan kita, jodoh pertemuan ketentuan Ilahi. Justeru, apabila gagal dalam percintaan pertama, kedua dan seterusnya, masih ada ruang untuk mengubat kedukaan itu.

Apabila menjadi suami isteri, kadangkala teringat juga kisah percintaan lama. Ada di antara kita yang berani untuk memberitahu pasangannya mengenai cerita cinta yang pernah ditempuhi dan bagi yang lain menyimpan dalam memori sendiri.

Setiap orang pasti memiliki kisah masa lalu, sama ada buruk atau indah. Timbul persoalan, adakah kisah masa lalu yang buruk itu perlu diceritakan kepada kekasih kita?

Adakah jika diceritakan akan membuktikan betapa dalamnya cinta anda dan pasangan? Atau adakah dengan membuka cerita cinta lama itu akan merosak dan memporak-porandakan hubungan anda?

Ada yang berkata, jika anda tidak menyampaikan kisah cinta masa lalu, maka anda akan menjadi seorang pembohong di hadapan orang yang anda cintai dan anda tidak mungkin dapat mencintainya sepenuh hati.

Ini berlaku terutama kepada pasangan yang berkomitmen untuk bersama-sama selamanya, justeru setiap orang berhak mengetahui kisah pasangan yang dicintainya itu.

Namun, sebelum anda ingin menceritakan kisah percintaan masa lalu, pastikan pasangan anda bersedia menerima segala masa lalu anda dan melupakannya!

Beberapa hal yang perlu diperhatikan untuk menyingkap masa lalu:

Bagaimana keadaan anda ketika melalui saat-saat percintaan dengan bekas kekasih anda.
Kehidupan sekarang lebih baik daripada masa lalu.
Cerita percintaan masa lalu itu akan meningkatkan kualiti cinta anda.
Ceritakan percintaan masa lalu yang boleh memberi manfaat kepada kehidupan anda dan pasangan ketika ini.
Jalani hubungan anda dan pasangan dengan saling menanamkan kepercayaan dalam hubungan cinta.
Tanamkan dalam diri hubungan ketika ini amat penting, justeru anda jujur untuk menceritakan kisah percintaan masa lalu.

CARA LELAKI MENGUNGKAPKAN CINTA

Bagi lelaki sebenarnya mengatakan tiga perkataan ini merupakan sebuah langkah besar kerana lebih dari sekadar mengekspresikan perasaan.Bagi sesetengah lelaki pula,cinta terasa seperti sebuah komitmen hidup dan bagi sesetengah orang penuh dengan bahaya.Takut penolakan menjadi alasan lelaki enggan mengatakan cinta kerana penolakan bagi sebahagian besar lelaki sangat menyakitkan. Sebahagian besar lelaki perlu merasa aman dalam sebuah hubungan sebelum dia berani mengatakan kata-kata tersebut.Ada lelaki lain mengungkapkan aku cinta padamubererti aku menawarkan sebuah komitmendan bagi banyak lelaki cinta diungkapkan melalui tindakan sehingga kata-kata itu adalah sebuah janji yang harus diikuti.Ketika beberapa lelaki mengatakan aku cinta padamubererti aku tidak akan meninggalkanatauaku akan selalu setia.Ini mungkin ditakuti beberapa lelaki kerana mereka merasakan kata-kata itu sebuah janji yang jika janji itu tidak dipenuhi mereka akan menderita.

Menunjukkan kasih sayang

Kasih sayang boleh mendefinisikan sesuatu dari memegang tangan,mengelus sampai bercinta.Sebenarnya sebahagian besar lelaki boleh dengan mudah mengungkapkan perasaan mereka selama bercinta.Hal ini kerana setelah merasa dekat mereka berasa seolah-olah telah mencintai.Kontak fizikal akan menghancurkan halangan dan memberikan perasaan dekat hingga tidak mudah diperoleh dalam cara lain.Ini boleh menjadi satu masalah yang rumit kerana seks boleh membawa maksud hal berbeza bagi setiap individu.Sebahagian besar memerlukan kasih sayang termasuk seks kerana dengan inilah membuat mereka mencintai .Tetapi beberapa wanita bahkan perlu mendengar kata cinta diucapkan sehingga ketika seorang lelaki terbuka,dan memberikan kasih sayang dengan seorang wanita,inilah cara dia mengungkapkan cinta.Baginya cinta bererti saling bertemu.

Mengenalkan pada keluarga

Cara lain mengungkapkan aku cinta padamuadalah dengan membawa anda ke rumah untuk bertemu keluarga,kerabat dan temannya.ini bererti sebuah petunjuk bahawa lelaki memiliki perasaan lebih dalam terhadap anda.Tidak hanya dia bangga terhadap anda,tetapi dia juga ingin menghubungkan anda dengan orang-orang yang rapat dengannya hingga anda menjadi sebahagian daripada hidupnya.Jika tidak,ini suatu tanda perasaan yang dalam,dan anda perlu menanyakannya.

Memberi tanda sayang

Hadiah boleh merupakan ungkapan sayang oleh lelaki.Ada banyak jenis hadiah berbeza yang seorang lelaki biasa berikan,boleh jadi manisan,bunga, coklat dan catatan khusus.tetapi ada hal lain yang wanita sering kali tidak menyedarinya. bagi beberapa lelaki,memberikan waktu merupakan bentuk hadiah.Ketika seorang lelaki banyak menghabiskan waktu bersama,inilah cara dia mengatakan bahawa dia memilih anda untuk dicintai.

Thursday, November 20, 2008

Rahsia Di Sebalik Email Seseorang

Gunakan Nama Penuh

Sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya, contohnya nurhanis_alias@yahoo.com .Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya.Tapi ingat ,jangan cuba hendak memperlekehkannya.

Nama Depan Dan Tengah

Contoh: Amir Hanif Abdullah. Dia menggunakan alamat emelnya sebagai amirhanif@yahoo.com iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

Nama Dan Tahun

Contoh: FaraH2003@yahoo.com .Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan.Pendek kata dia juga menunjukkan .. pegangan yang mudah berubah-ubah.

Nama Samaran

Hehheh… ramai yg suka buat email begini..Contohnya funny_girlz@yahoo.com .Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan oarang selesa berada di sisinya.Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.

Nombor Dan Abjad

Contoh: wbi1208@yahoo.com. Nama diwakili dengan nombor +abjad sahaja.Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu “membuka” dirinya kepada seseorang .Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak … kirim salam sahajalah..

Hargailah Cinta Selagi Ada

Bayangkan anda mencintai seseorang tetapi orang itu tidak mencintai anda, tentu menyakitkan. Tetapi, anda lebih kecewa apabila anda mencintai seseorang tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang anda rasakan.

Percaya atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang anda cintai.

Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa. Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu.

Cinta adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan serta mengetahui bahawa anda amat mengambil berat mengenai si dia.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka.

Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.

Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi, berasa seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa-apa selain tetap menyokong anda dari belakang.

Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai anda.

Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta itu berputik di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh dalam hatimu.

Ada hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak akan pernah anda dengar daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya.

Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin mencuba. Jangan menyerah selama anda berasa masih ada harapan. Jangan pernah berkata anda tidak mencintainya lagi walhal tidak sanggup membiarkan dia pergi.

Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun sering dikecewakan. Cinta hadir kepada mereka yang masih mempercayai, walaupun kerap dikhianati. Cinta juga menghampiri mereka yang masih ingin mencintai, walaupun berulang kali disakiti dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membina kembali kepercayaan. Janganlah mudah berputus asa.

Jangan melihat daripada wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat kekayaan, itu boleh luput. Berharaplah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah.

Berharaplah anda bertemu seseorang yang dapat membuat anda tersenyum. Ada saat dalam kehidupan apabila anda sangat merindukan seseorang, ingin menemui dan memeluknya.

Berharaplah anda dapat mimpikan si dia, pergilah ke mana saja anda ingin kunjungi, jadilah sesuai dengan keinginan anda kerana anda hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa diinginkan.

Semoga anda memperoleh cukup kebahagiaan, cukup dugaan untuk membuat anda kuat, cukup penderitaan untuk membuat anda menjadi manusia yang tabah dan cukup harapan untuk membuat kamu berbahagia.

Selalu letakkan diri pada posisi orang lain. Jika anda berasa itu menyakitkan, mungkin ia akan menyakitkan orang lain.

Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba.

Cinta bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan dan berakhir dengan air mata. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang dilupakan, Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan hingga anda melupakan kegagalan dan rasa sakit hati.

Ketika lahir, anda menangis dan semua orang di sekeliling tersenyum. Hiduplah dengan hidupmu, justeru ketika anda meninggal dunia, anda satu-satunya yang tersenyum dan semua orang di sekeliling menangis.

Rahsia Pemikiran dan Mata

Mata adalah lambang perjalanan pemikiran seseorang manusia:

1. Jika mata jarang berkedip, menandakan orang itu sangat tajam pemikirannya, dan jika tak berkedip langsung bila ia bercakap, dia sangat tajam dalam sesuatu bidang, sebab konsentrasi dia sangat kuat sekali. Orang ini sangat berpotensi jadi saintis atau pakar dalam pelbagai bidang.

2. Jika renunganya matanya tajam macam renungan mata harimau ,orang ini sangat bersungguh dalam melakukan sesuatu, dan tajam juga pemikiranya dengan syarat matanya kurang berkedip. Dan dia ada dua sifat exstrem sama ada sangat jahat atau sangat baik jika dia berpeluang berbuat demikian..

3. Mata sering berkedip seolah-olah ada habuk masuk mata , orang ini kurang cerdas dari segi pemikiran dan kurang pandai dan mudah kena tipu.

4. Renungan mata yang lemah, menandakan orang ini kurang tajam pemikirannya dan kurang bijak, atau dalam kata lain dia hanya berpotensi jadi watak pelakon tambahan atau watak orang kampung dalam filem Hindustan.

5. Jika seseorang memiliki mata yang kecil, tajam renungannya dan tak berkedip, dan jika ada cahaya, orang ini sangat hebat dan memiliki sifat ekstrem samada bijak dan sangat jahat atau bijak dan sangat baik serta sangat berpotensi jadi pakar, mata jenis ini ramai dimiliki oleh orang Barat.

6. Jika matanya renungan tak tajam tapi renunganya seolah-olah nampak sangat jauh orang ini bijak dan fikiranya adalah unik dalam berfikir dan bijak sekali dan jarang pegang watak jahat biasanya watak baik sahaja dengan syarat jangan banyak kedip. Nak tahu mata jenis ini lihat mata Dr. fazilah kamsah, Dr. Mahathir dan ramai orang Jepun memilikinya.

7.Jika mata besar macam mata lembu, maka orang ini kurang bijak dan lagi teruk jika tak tajam renunganya dan tak bercahaya matanya.

8. Jika mata seseorang sering berkeliaran biji mata hitamnye, jaga-jaga orang ini kaki belit sikit dan suka tipu dan tak bijak bahagian ilmu. Sukar dipercayai dan dibuat kawan.

Rahsia Hubungan Pasangan Mengikut Urutan Adik Beradik

Orang tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga.

Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala.

Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian.

Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu.

Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir.

Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan?

Kepercayaan sekadar satu panduan

Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.

Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:

Sulung dengan sulung

Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung - Tengah

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.

Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung - Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah - Tengah

Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah - Bongsu

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu - Bongsu

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

Apa Yang Lelaki Suka Dan Tidak

Lelaki suka:

Sikap kelakar
Budi pekerti dan kesopanan
Murah hati
Senyuman manja
Pandai memasak
Pandai dalam mengenakan pakaian
Penampilan/imej yg sesuai dengan citarasanya
Tak mudah naik angin
Seorang wanita yg sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
Tak terlalu seksi dalam berpakaian
“Tak apalah,tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
Wanita yg dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
Berwawasan atau bercita-cita tinggi
Mempunyai keyakinan diri yg tinggi
Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yg tertekan.
Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
Wanita yg mengambil berat tentang lelaki
Sikap keibuan
Sukakan kanak-kanak
Suara lembut tanpa dibuat2
Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
memberi sokongan moral dlm apa jua usaha yg dilakukan lelaki
tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
tahu bersyukur
pandai berjimat-cermat
tak mengharapkan lelaki dalam semua hal

Lelaki Tak Suka

Wanita yg suka mengumpat
sombong dan bongkak
menunjukkan sikap yg terlalu memiliki
hisap rokok
“Kau ni macam orang tiga suku!”Mengutuklah tu…
Wanita yg melayan lelaki seperti alas kaki
wanita yg suka menunjuk2 utk dapatkan perhatian
“Tak bolehkah U lakukan sesuatu yg betul!”
“Jgn cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yg tak patut I lakukan..”
wanita yg hipokrit
pembohong dan suka mencari alasan
terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
pengotor dan pemalas
tak bertanggungjawab langsung
tak pandai mengemas
terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
kuat berleter walau hal remeh temeh
boros berbelanja
tak tahu memasak
sikap manja yg terlalu menyakitkan hati
“Queen Control” atau suka mengarah2
tak pandai bergaya atau selekeh
suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
suka mengungkit2 hal-hal lalu
panas- baran
kuat merajuk dan sukar dipujuk
terlalu pendiam sehingga susah utk berkomunikasi
tak mahu mengakui kesilapan dan ego

Rahsia Bentuk Tapak Tangan Lelaki

Gusar dengan sikap mahupun identiti diri si dia yang diketemu beberapa hari lalu? Atau masih mencari kebenaran dalam perhubungan yang baru terjalin? Itu antara masalah yang melanda segelintir kaum wanita hari ini.

Tidak perlu bersusah payah untuk mengorek rahsia dirinya dengan memaksa si dia berterus-terang dengan setiap tindakannya. Cuba amati rahsia telapak tangannya secara diam-diam.

Menurut pakar palmistry (membaca garis tangan) dan penulis buku Read His Hands, Know His Heart, Marion Gale, dengan hanya melihat telapak tangan lelaki, seseorang boleh mengetahui rahsia hati seorang lelaki.

“Jika ingin mengetahui karakter lelaki sebelum kamu menjalinkan hubungan serius, terokalah telapak tangan kanannya,” ujar Gale.

Earth hand

Sekiranya si dia mempunyai telapak tangan dengan bahagian tengahnya berbentuk bujur dengan ukuran jari-jemari yang pendek, ini membawa erti si dia tergolong dalam kumpulan earth hand.

Lelaki ini kebiasaannya bersifat konservatif. Ia juga mempunyai pemikiran yang tinggi dan kestabilan dalam hidup.

Jika kamu berjaya menemui lelaki earth hand di tengah-tengah kota metropolitan, kemungkinan besar mereka memiliki rumah yang besar dengan halaman yang cukup luas untuk menyalurkan hobinya dalam aktiviti berkebun. Dia juga seorang lelaki yang gemar memasak dan bijak menyediakan sesuatu hidangan.

Water hand

Telapak tangan berbentuk segi panjang, dengan saiz jarinya berukuran panjang. Lelaki ini tergolong sebagai lelaki yang baik hati, sabar dan gemar menelaah bahan-bahan bacaan.

Bahkan, dia amat cenderung dengan panggilan ulat buku. Lelaki water hand juga mempunyai keperibadian yang tenang.

Kamu lebih banyak menemui mereka di acara-acara kebudayaan daripada bersosial di kelab-kelab malam atau bar.

Air hand

Lelaki air hand memiliki telapak tangan berbentuk bujur tetapi dengan jari-jari tangan yang panjang. Lelaki jenis ini mudah mempelajari hal-hal yang baru dan berwawasan dengan melakukan aktiviti mengembara ke kota atau negara lain.

Disebabkan dia mempunyai hobi yang ekstrem, lelaki ini sangat teratur dalam setiap perjalanan hidupnya.

Dia juga senang mendalami hobi baru. Hanya dengan sebuah perbualan yang bijak, lelaki ini mudah tertarik kepada kamu.

Fire hand

Lelaki dengan telapak tangan berbentuk segi panjang dengan jari-jari tangan pendek, kebiasaannya cepat berasa gelisah apabila duduk dalam suatu jangka masa yang lama.

Dia sangat menyukai perkara-perkara berbaur tentangan, sehingga tenaga lelakinya akan disalurkan.

Meskipun begitu, si fire hand ini sebenarnya berkeperibadian tingi dan seorang yang mudah bergaul. Tidak hairanlah, kerana dia mempunyai ramai teman yang begitu mengambil berat terhadapnya.

Sekiranya kamu tidak bersikap bossy terhadapnya, dia pasti akan ‘menenggelamkan’ dirinya dalam hubungan yang penuh keterujaan bersama kamu.

RAHSIA TUBUH WANITA

Sebagai seorang wanita, seringkali anda mempamerkan senyuman kepada oang lain. Mungkin ada yang gemar tersenyum lebar sehingga memperlihatkan barisan gigi anda. Mungkin ada yang senyum tanpa memperlihatkan gigi. Masa anda tersenyum juga berbeza-beza. Mungkin dua saat. Mungkin hampir seminit. Semuanya bergantung atas sebab-sebab tertentu. Namun berhati-hatilah, setiap senyuman yang anda lahirkan, boleh mengungkap sesuatu yang anda cuba sembunyikan daripada orang lain.

Tahukah anda bahawa suatu senyuman yang sebenarnya, dapat ditandai dengan munculnya kerutan-kerutan dipinggir bahagian luar mata. Apabila anda mendapati wanita melontarkan senyuman dengan tanda-tanda tersebut, wanita itu sungguh berasa senang, tidak berpura-pura. Untuk memahami keadaan sebenarnya si wanita, tidak cukup dengan sekadar mengamati bibirnya yang tersenyum, harus dilihat secara keseluruhan..

Seorang lelaki perlu memperhatikan seberapa besar wanita yang ditemuinya menunjukkan bahagian tapak tangannya. Apabila wanita itu melakukan gerakan-gerakan yang mengungkap bahagian tapak tangannya itu, atau dia menyilangkan kakinya ketika duduk kemudian meluruskannya lagi, hingga menampakkan sebahagian pahanya, itu merupakan suatu indikasi niat si wanita untuk menunjukkan sikap terbukanya.

Perilaku lain dengan makna serupa, yang juga boleh menjadi ciri universal bahasa tubuh wanita, adalah dalam gerakan-gerakan memiringkan atau memutar kepala hingga dapat menampakkan bahagian lehernya.

Tanda-tanda lain bahawa wanita berasa dirinya kurang senang dengan lelaki teman bicaranya, boleh dilihat dari gerakan-gerakan tubuh yang berlebihan seperti dalam menyilangkan kaki, melipat tangan , atau kedua bibirnya terkatup erat.

Malah seorang wanita yang kerap menyentuh atau merapikan rambutnya dengan jari-jari tangannya dapat diertikan sebagai wanita yang suka mendapat belaian. Namun, seorang wanita yang merasa tertarik kepada seoang lelaki ketika bertemu, dapat memberi bahasa tubuh berupa menyibak rambutnya agar tidak menutup wajah. Itu boleh juga dianggap sebagai salah satu isyarat godaan. Sedangkan apabila wanita malah membiarkan rambutnya menutupi wajah atau membiarkan rambutnya menutupi wajah atau terurai menutupi sebahagian matanya, dapat diertikan wanita itu berusaha mengurangi tingkat suatu hubungan.

Lelaki juga boleh mengamati gerakan kaki wanita. Apabila bercakap-cakap gerakan kakinya tampak gelisah, atau mengarah ke pintu, itu bererti si wanita ingin keluar dari suasana yg ada saat itu. Meskipun dia tampak senang, misalnya dengan tertawa-tawa atau banyak tersenyum. Sebaliknya apabila wanita mulai menggerakkan kaki bagai ingin melepaskan kasutnya, dengan tingkah dan cara yang sugestif, itu merupakan suatu isyarat perhubungan akan terus berkesinambungan dengan baik.

Kenapa Wanita Merajuk

SIKAP lelaki yang dikatakan tidak peka dengan kehendak dan keperluan wanita dikenal pasti antara punca yang boleh menimbulkan ketegangan dalam perhubungan, sekali gus boleh membawa kepada putusnya hubungan sekiranya tiada percubaan untuk meleraikan kekusutan yang timbul.

Perbezaaan pendapat juga secara tidak langsung boleh menimbulkan salah faham terutama dalam perhubungan yang terjalin.

Wanita sering dikaitkan dengan unsur sensitiviti yang berkaitan dengan emosi. Pelbagai tanggapan diberikan terhadap wanita di atas sikap dan perlakuan wanita yang dilihat secara kasarnya begitu sensitif dan emosional dalam menangani isu yang berkaitan..

Disebabkan kawalan emosi yang kurang stabil dan lemah itulah menyebabkan wanita banyak dikaitkan dengan elemen kelemahan seperti bersikap suka marah-marah, manja tak kena tempat, suka menangis tidak tentu pasal, naik angin hingga berangin orang sekelilingnya, suka sakit hati, rajuk hati, kecil hati hingga sikap ini membuat wanita menjeruk hati dan makan hati.

Sikap sebegitu dilihat satu kelemahan bagi wanita kerana mereka dikatakan tidak rasional dan kurang fokus terhadap masalah yang dihadapinya. Malah, wanita dilihat tidak berupaya untuk menjalankan kerja yang lebih berat khususnya mengetuai sesuatu jabatan atau pasukan disebabkan kawalan emosi yang lemah dalam menangani sesuatu permasalahan.

Satu kajian yang dijalankan mendapati kebanyakan lelaki berpendapat isu seperti tidak mengingati tarikh istimewa khususnya hari jadi teman wanita dan ulang tahun adalah perkara remeh sedangkan wanita menganggap peristiwa berkenaan sesuatu yang cukup istimewa dalam hidup mereka.

Kajian itu adalah untuk mengetahui persepsi responden terhadap aspek merajuk dan apa tindakan dalam mengatasi sikap merajuk yang dianggap boleh menyebabkan keruntuhan sesuatu perhubungan.

Begitupun, tidak kira apapun tanggapan negatif terhadap turun naik emosi wanita itu yang menyebabkan mereka sering bertindak di luar kawalan, wanita itu sendiri ada alasan tersendiri terhadap setiap sikap itu.

Dalam kajian yang dijalankan terhadap lebih 100 responden berusia antara 25 tahun hingga 47 tahun itu, didapati jawapan responden wanita hanya difokuskan kepada aspek kekeluargaan dan sikap pasangan mereka, dan tidak ditumpukan pada aspek rakan serta kerjaya meskipun soalan dikemukakan tidak tertumpu kepada perhubungan tertentu.

Ada responden wanita yang menyatakan mereka mudah berkecil hati apabila teman lelaki atau suami mereka tidak memuji masakannya atau memuji wanita lain di hadapan mereka.

Dalam hubungan itu, berdasarkan pemerhatian lelaki akan cuba memujuk wanita berkenaan, tetapi apa yang menjadi masalah apabila pada satu peringkat lelaki mulai bosan dengan sikap yang dianggap keterlaluan itu.

Jenuhlah teman lelaki atau suami wanita itu menggunakan pelbagai strategi untuk memujuk hingga menimbulkan kebosanan untuk terus memujuk jika apa juga yang dilakukan tidak diendahkan oleh wanita yang begitu kuat rajuknya itu. Sampai pada satu peringkat, akan kedengaran lelaki yang sudah bosan dengan rajuk wanita dan membiarkan sikapnya.

Malah, dalam kajian yang dilakukan itu ada responden lelaki yang mengatakan wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir. Ini secara tidak langsung menunjukkan jika pada peringkat itu wanita masih bersikap sebegitu, perhubungan yang dijalin mungkin akan sampai ke tahap noktah.

Berdasarkan pelbagai jawapan yang diberikan responden lelaki itu bolehlah dijadikan panduan dan sempadan kepada wanita bahawa merajuk yang keterlaluan akan mendatangkan kebosanan pada pihak lelaki. Janganlah menjadikan merajuk itu sebagai senjata dalam sesuatu perhubungan, tetapi jadikan merajuk itu sebagai satu imej untuk menunjukkan pada suami atau teman lelaki bahawa ada masa dan ketikanya tindakan mereka itu salah dan perlukan satu perubahan bagi membentuk perhubungan yang lebih baik.

Hasilan kajian itu diringkaskan seperti berikut:

Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk?

(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden wanita yang berada dalam kategori umur 25 – 45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang)

1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.

2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.

3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.

4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.

5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.

6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.

7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.

8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.

9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.

10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.

11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.

12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.

13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.

14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.

15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.

16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.

17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.

18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.

19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.

20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri

21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.

22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.

23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.

Mengapa wanita suka merajuk?

(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam kategori umur 25 – 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam kategori bujang dan yang sudah berumahtangga).

1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.

2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga memb
osankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.

10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.

12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.

13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!

14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu